Sejarah Batu Gajah

 ( Dipetik dpd Buku Sejarah BATU GAJAH SEPINTAS LALU )

 

Sumbangan SEK MEN SULTAN YUSSUF (SYS/GES), B. G ,

SEMPENA PERAYAAN 100 TAHUN BATU GAJAH, PERAK

Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an. Menurut diari J. W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. Beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

‘… at 4.15, we arrived at Batugaja on the left bank, a large and fine village where the soil is very good. There are about 30 or 40 houses, and a large smelting house.’ (1)

Ini menunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu. Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin sebagai tempat penyembahan.

‘This stone is addressed as the Toh Gaja, and everyone passing is supposed to pluck a

handful of grass or leaves, and striking the Toh Gaja seven times on the breast with them,

to ask him for fine weather for the journey’

Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makluk bernama SangKelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu. Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknhya.

Versi ketiga berkaitan dengan kegiatan perlombongan bijih timah. Pada peringkat awal, perlombongan bijih dikuasai oleh orang Melayu. Pekerja mereka ialah orang Cina. Semasa kerja melombong, mereka telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan yang mempunyai batu-batu itu ‘Batu Gajah’ (Batu Besar).

Perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas sebagai kenderaan atau alat pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam perarakan diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga* biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak+ yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung diraja. Di samping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan bijih timah di daerah Kinta.

Panggilan nama ‘Batu Gajah’ ini bermula apabila ia telah didatangi oleh orang-orang dari suku kaum Batak, Kurinci, Selayang, Bugis, Batu Bara, Kampar dan Mendailing. Mereka datang menaiki sampan atau sekuci, perahu dan lading melalui muara Sungai Perak menuju terus ke Sungai Kinta membawa barangan keperluan pelombong dan penduduk kampung. Perjalanan dari Teluk Anson (Teluk Intan) ke Batu Gajah biasanya memakan masa empat hingga lima hari. Apabila tiba di sesebuah kampung, gong dibunyikan untuk menarik para pelanggan. Orang Kampar membawa kain hitam, belacan, kain sutera putih, kain rawa, batik, tembakau, atap nipah dan ikan peda (pekasam) untuk dijual. Dalam perjalanan balik pula mereka mengangkut naik bijih timah.

Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap, iaitu salah satu sebuah mukim dalam Jajahan Kinta. Pada peringkat awalnya, mukim Sungai Terap di dalam pegangan Dato’ Amar di Raja. Beliau ialah orang Besar 16 di bawah kelolaan Dato’ Panglima Kinta. Di antara Dato’ Amar yang terkenal ialah Tok Amar Naam, Tok Amar Abu Kassim dan Tok Amar Pandak Akhat. Tok Amar Naam telah dilantik oleh Sultan Ismail, yang ketika itu pentadbirannya berpusat di Pulau Cempaka Sakti pada tahun 1872, iaitu sebelum bermula campurtangan British di Perak. Selepas Tok Amar Naam meninggal dunia, jawatan tersebut telah diambil alih anaknya Tok Amar Abu Kassim. Pada masa itu, pihak British sudah mula memansuhkan hak di bawa pembesar Melayu tempatan dalam urusan mengutip cukai dan pentadbiran di kawasan mereka. Tok Amar Kassim merupakan seorang yang alim dan tokoh yang tidak mahu tunduk terhadap pentadbiran British. Jawatan tersebut kemudiannya dipegang oleh Tok Amar Pandak Akhat. Pihak British telah menjadikan pembesar Melayu sebagi kakitangannya. Dato’ Amar Pandak Akhat telah diberi sagu hati sebanyak $1,050 sebulan. Ini kerana jasa baik beliau dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kaum Cina di Papan. Bagaimanapun, pada akhir hayatnya, beliau hanya menerima pencen sebanyak $500 sebulan. (4) Peranan Dato’ Amar di Raja menjadi kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892. Walau bagaimanapun sebagai pembesar Melayu, beliau tetap mempunyai pengaruh istimewa dan tersendiri dikalangan penduduk tempatan.

Batu Gajah

 

 

Peringkat awal, Pekan Lama ( River Street ) berhampiran Sungai Kinta merupakan tempat tumpuan ramai. Di sinilah rumah kedai kayu sederet mula-mula didirikan. Ada antara rumah kedai itu milik orang-orang Melayu. Di situ juga terdapat sebuah balai polis untuk menjaga keamanan kawasan tersebut. Seperti di penempatan-penempatan lain di mana ramai orang Cina telah menetap, rumah-rumah khas untuk main judi dan menghisap candu disediakan di Pekan Lama. 

Jalan sungai masih penting dan pengkalan Perau (Prau) di pekan lama menjadi tempat memunggah barangan serta hasil bijih timah sehinggalh sistem pengangkutan dimajukan. Jalan keretapi pertama telah dibina menghubungkan Batu Gajah – Ipoh sejauh 8 batu 72 rantai pada tahun 1893, dan Batu Gajah – Kota Bharu sejauh 5 batu 44 rantai pada tahun 1894. (5) Menjelang tahun1895, Batu Gajah sudah boleh dihubungi melalui jalan keretapi ke Teluk Anson. Perkhidmatan keretapi telah memudahkan pengangkutan eksport bijih timah dari Batu Gajah ke pelabuhan Teluk Anson. Pembinaan jalan keretapi ini telah membawa perubahan besar kepada pembangunan di Batu Gajah. Menjelang akhjir tahun 1890-an, banyak bangunan kedai baru mula didirikan di kawasan Pekan Baru behampiran dengan stesen keretapi dan menghala ke Changkat. Perniagaan di kawasan Pekan Baru Batu Gajah ketika itu dikuasai oleh orang Cina dan India. Menjelang tahun 1905, Batu Gajah disifatkan oleh Belfield sebagai ‘important mining and commercial town’ di jajahan Kinta. (6) 

Peranan Batu Gajah sebagai pusat jajahan Kinta dapat dilihat dari pembinaan pejabat-pejabat kerajaan sepanjang tahun 1880-an di sekitar Changkat. Bangunan Pejabat Daerah Kinta telah dibina pada tahun 1892, semasa pemerintahan Sultan Idris Iskandar Syah. Pada ketika itu juga, Frank Swettenham menjadi Residen, dan State Engineer pula ialah Francis St. G . Caulfield. Di samping itu terdapat bangunan Mahkamah Magistret, pejabat Tanah dan Galian. Jabatan kerja Raya, Jabatan Ukur, Jabatan Mergastua (Perhilitan), Jabatan Hutan, Pusat Kaji Bumi, Balai Polis, Hospital, Penjara, Pejabat Telegraf dan Pos. Selain itu rumah-rumah banglo untuk kediaman pegawai British dan rumah rehat kerajaan juga disediakan. Pada peringkat awal, tidak terdapat bank di Batu Gajah : Pejabat perbendaharaan yang mengendalikan urusan kewangan kerajaan dan pengusaha swasta. 

Pembinaan jalan-jalan raya di sekitar Batu Gajah telah dimulakan sejak tahun 1890-an lagi. Jalan-jalan di bandar adalah sejenis batu kelikir (batu putih). Sebelum kemunculan kenderaan bermotor pada tahun 1920-an, kereta kuda, kereta lembu, dan lanca merupakan kenderaan utama. Lanca merupakan pengangkutan yang paling murah dan mudah. Boleh dikatakan semua orang tidak kira sama ada pelancong, peniaga, suri rumah, kanak-kanak sekolah, orang gaji yang membeli-belah di pasar, malah pegawai kolonial menggunakan lanca. Hanya orang Cina menjadi penarik lanca. Kerbau dan lembu yang dikendalikan oleh orang India digunakan dalam kerja menyelenggarakan jalan di samping berkhidmat untuk mengangkut bekalan air dalam zaman di mana air paip merupakan satu kemewahan. (7) 

Penduduk Batu Gajah terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Sebilangan besarnya terdiri daripada orang Cina diikuti oleh orang India. Bilangan penduduk Melayu di bandar Batu Gajah tidak ramai. Jadual taburan penduduk Batu Gajah mengikut etnik dari tahun 1891 hingga 1931 adalah seperti berikut: 

Melayu

Cina

India

Jumlah

 

1891

963

739

358

2135

(8)

1901

690

1700

705

3362

(9)

1911

839

1903

925

3667

(10)

1921

996

2357

1590

5093

(11)

1931

1245

3297

1943

6769

(12)

Peranan Batu Gajah sebagai pusat pentadiran yang penting di awal abad ke-20 adalah jelas. Ketua pentadbir jajahan Kinta ialah Tuan Pegawai Daerah atau D.O (District Officer). Sebagai daerah yang kaya dengan hasil buminya, Pegawai Daerah Kinta yang dilantik mesti seorang berpengalaman. Pegawai Daerah Kinta selalunya akan dilantik menjadi Resident British di negeri-negeri Melayu lain. (13) 

Hospital Batu Gajah merupakan hospital terawal di Perak yang dibina pada tahun 1990. Hospital bertaraf hospital besar ini pada mulanya dibahagikan kepada European Hospital dan Malayan HospitalEuropean Hospital ialah wad kelas 1 yang dikhaskan untuk pegawai tadbir adan pengurus ladang Eropah serta kerabat diraja Melayu. European Hospital ini begitu terkenal hinggakan ada pegawai British dari Sabah dan Sarawak mendapatkan rawatan di sini. Manakala wad kelas 2 dan 3 di Asian atau Malayan Hospital dikhaskan untuk orang awam. Kebanyakan dari 14 wad yang ada digunakan untuk merawat pesakit taun, biri-biri dan malaria daripada kalangan buruh lombong dan buruh estet getah di sekitar Batu Gajah. Doktor, matron dan sister adalah orang British manakala pembantu perubatan ialah doktor bangsa Asia terutamanya orang Selon dan India. Sebelum terdapat bekalan elektrik, pihak hospital menggunakan lampu jenis hurricane lamp. Pada peringkat awal, kereta lembu digunakan untuk mengangkut mayat kerana kekurangan kereta ambulans. Pusat Latihan jururawat didirikan pada tahun 1952. Walau bagaimanapun pada tahun 1976, taraf Hospital Besar Batu Gajah diturunkan menjadi hospital daerah hingga kini. (14) 

Batu Gajah telah mempunyai pejabat pos dan telegraf sejak tahun 1889. Pejabat-pejabat tersebut memberi perkhidmatan kepada kawasan sekitar seperti Papan, Lahat, Ipoh, Gopeng dan Klian Lalang. Batu Gajah juga boleh dihubungi melalui telegraf ke semua pusat kolonial di seluruh Perak. 

Balai Polis Batu Gajah telah didirikan sejak tahun 1820-an lagi. Ianya terletak di Pekan Lama, di tebing Sungai Kinta. Balai Polis yang baru dibina pada tahun 1894. Bangunannya terletak di tapak balai polis sekarang. Pada mulanya, kebanyakan anggota polis terdiri daripada orang Punjabi. Pada akhir tahun 1976, balai polis berpindah buat sementara waktu ke bangunan rumah rehat kerajaan. Pembinaan bangunan baru dimulakan tahun 1977 dan siap pada 1985. Menjelang tahun 1986, Ibu pejabat dan Balai Polis Batu Gajah telah memulakan tugasnya dengan diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Penolong Penguasa bagi mengetuai bahagian pentadbiran dan Cawangan Khas, 12 orang pegawai berpangkat Inspektor, seorang sub-inspektor dan 198 orang anggota. (15) 

Batu Gajah juga merupakan antara bandar yang terawal mendirikan penjara, di Negeri-Negeri Melayu selain dari Taiping dan Kuala Lumpur. Penjara tersebut didirikan pada tahun 1902 di Changkat dan diwartakan sebagai Kinta Prison. Kebanyakan daripada warden penjara ialah orang Punjabi. Banduan lelaki yang ditempatkan di Batu Gajah hanyalah mereka yang dikenakan tempoh hukuman yang singkat. Pada tahun 1951-1958 sebahagian dari Kinta Prisondijadikan Pusat Penjagaan Wanita. Mulai tahun 1961 sehingga 1983, tahanannya terdiri daripada pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, (I.S.A). Sehingga kini orang tahanan merupakan pesalah-pesalah di bawah Akta Dadah Berbahaya. (16) 

Di Batu Gajah juga terdapat pejabat kajibumi. Pada mulanya, ia terletak di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Batu Gajah pada tahun 1908. Perpindahan ini berlaku hasil dari penyelidikan seorang ahli geologi British benama John Brooke Scrivenor. Beliau mendapati keadaan bentuk dan hasil bumi daerah Kinta paling sesuai sebagai pusat kajibumi. Perpindahan ini membolehkan kerja-kerja ditumpukan di lapangan timah Kinta dan Larut. Sejak tahun 1927, Pejabat kajibumi dinaikkan tarafnya Jabatan Penyiasat Kajibumi. Dengan pekembangan yang pesat, aktivitinya dipeluaskan dari kawasan negeri-negeri Melayu Bersekutu di mana edisi pertama peta geologi Malaya diterbitkan. Menjelang tahun kemerdekaan, pejabat ini telah dipindahkan ke Ipoh. (17) 

Sekolah Inggeris yang pertama di Batu Gajah telah dibuka oleh seorang hartawan tempatan bernama K. Malaiperumal Pillay pada tahun 1907. Muridnya yang seramai 30 orang terdiri daripada anak-anak jiran hartawan tersebut. Pada Ogos, 1910 kerajaan British mengambil alih pentadbirannya dan dinamakan Sekolah itu Government English School (G.E.S), Batu Gajah. Sebelum tahun 1920-an, amalan kempen menarik murid-murid ke sekolah Inggeris selalu diadakan di Batu Gajah. Ibu bapa yang beminat menghantar anak-anak mereka bersekolah Inggeris selalu diadakan di Batu Gajah. Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka bersekolah Inggeris dikehendaki mengangkat tangan semasa perhimpunan di kampung-kampung. Pada tahun 1928, G.E.S. mencapai taraf sekolah menengah apabila pelajarnya menduduki peperiksaan Junior Cambridge buat pertama kali. Special Malay Class diadakan pada tahun 1929. Pada zaman penduduk Jepun, Sekolah ini dijadikan sekolah bahasa Jepun (Nippon-go). Pada tahun 1951, G.E.S. telah berpindah ke bangunan baru dan telah diubah namanya kepada Sekolah Sultan Yussuf sempena majlis perasmian oleh Sultan Yussuf Izzuddin Shah. (18) 

 

SYS

SYS

Sekolah ini bukan hanya terkemuka di dalam bidang akademik, tetapi juga pelbagai jenis sukan. Ramai bekas pelajarnya kini memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang ekonomi dan pentadbiran negara. Yang terkenal ialahDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Baginda pernah menjadi School Captain* pada tahun 1948. Baginda juga merupakan seorang yang cergas dalam bidang sukan dan olahraga, pelari pecut 100 ela, 200 ela, lari berganti-ganti, pemain handalan pasukan hoki, kriket, dan bola sepak sekolah. Baginda mendapat pendidikan menengah di Government English School hingga tamat School Certificate.  

Sekolah Inggeris untuk murid-murid perempuan hanya muncul selepas Perang Dunia Kedua iaitu Convent, Batu Gajah. Ia merupakan satu cawangan sekolah St. Joseph di bawah seliaan seorang paderi. Pada tahun 1953, sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru dan diubah nama kepada St Bernadette’s Convent . Pada tahun 1957, sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan. 

Menjelang akhir tahun 1930-an, Batu Gajah bolehlah dianggap bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah bekalan elektrik, air paip, jalan raya bertar, sistem perparitan, telekom dan pos, pasar, panggung wayang, kedai perniagaan, sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan. 

Bandar ini turut terjejas semasa Perang Dunia Kedua. Beberapa tempat di kawasan bandar telah dibom oleh pesawat pejuang tentera Jepun. Antara yang musnah ialah gudang dan rumah Ketua Stesen Keretapi, Pasar, Pekan Serong dan Kampung Dobi. Beberapa orang Cina yang turut terkorban dan cedera dalam serangan tersebut. Jalan raya di Batu Gajah telah digunakan sebagai laluan darat bagi askar berjalan kaki, askar berbasikal, trak dan meriam Jepun untuk menuju ke selatan. Zaman Jepun membawa kesengsaraan kepada penduduk Batu Gajah, mereka hidup dalam ketakutan dan serba kekurangan. Hospital Batu Gajah dijadikan markas utama mereka. Tentera Jepun menjadikan wad bersalin sebagai pusat pentadbiran. Sisters’ Mess sebagai bilik penyeksaan wanita dan bilik bedah untuk menyeksa tahanan lelaki. Tentera Jepun juga menggunakan penjara Changkat sebagai kem tahanan penentang Jepun. Padang Sekolah Inggeris, padang Changkat dan padang golf Kelab Kinta dijadikan kawasan tanaman ubi kayu untuk menampung kekurangan bahan makanan pada masa itu. 

Selepas tamat perang, sebuah kem tentera telah dibuka di Changkat oleh Pegawai Daerah Kinta, Cannon Brown pada 1946. Pada permulaannya, ia hanya menempatkan askar British. Pada tahun 1948, pasukan yang ditempatkan adalah dari Artillery 47/49, kemudiannya askar Gurka BDE No. 2/6 dan Royal Horse King’s DragonPeranan Kem Changkat menjadi semakin penting apabila Parti Komunis Malaya mula melancarkan serangan gerila tahun 1948 dan mengancam kegiatan perlombongan ladang getah serta jalan keretapi di sekitar daerah Kinta. Apabila keadaan darurat berlanjutan, pada tahun 1952 Kem Changkat telah diambil alih oleh Regimen Askar Melayu Diraja hingga kini. 19)

Masyarakatnya

Pada tahun 1891, orang Melayu merupakan penduduk terbesar di Batu Gajah. Namun setelah Batu Gajah dijadikan pusat jajahan Kinta oleh pentadbiran British, golongan pendatang Cina dan India telah mengatasi bilangan orang Melayu. Pada tahun 1890-an, pengeluaran bijih timah di Larut telah merosot. Di samping itu terjumpa banyak bijih timah di kawaan Kinta. Tambahan pula, Larut masih menggunakan kaedah lama untuk melombong, sedangkan perlombongan di Kinta semakin canggih dan mengguntungkan. Akibanya, ramai pelombong Cina dari Larut telah behijrah ke Kinta, termasuklah ke Batu Gajah. 

Orang Cina boleh dikatakan terlibat dalam hampir semua bentuk kegiatan ekonomi di kawasan Batu Gajah; daripada pelombong, peniaga, penjaja, tukang emas, tukang besi, tukang kasut, tukang gunting rambut, tukang kunci, pembuat rotan, singseh, buruh kontrak, penarik lanca hinggalah kepada penilik nasib. Ada juga yang menjadi kakitangan pentadbiran Inggeris di Changkat. 

Hasil dari kegiatan perlombongan bijih timah di sekitar Batu Gajah pada 1900-an hingga 1920-an, ramai pengusaha Cina telah menjadi hartawan. Antaranya ialah Eu Tung Seng, Har Kak Ling, Lok Man Chuan dan Ah Chong, Eu Tong Seng dari Gopeng berkawan rapat dengan pembesar Melayu tempatan seperi Dato’ Seri Wangsa Ahmad dan Imam Perang, penghulu Gopeng. Har Kak Ling mempunyai banyak tanah dan harta di Batu Gajah. Anak permpuannya telah berkahwin dengan Leong Liew Khoo, bekas Gabenor negeri Melaka. Lok Man Chun dari Lahat telah membuka tanah lombong di sekitar Batu Gajah dengan membeli tanah-tanah kampung Melayu. Pada awal tahun 1920-an, dia telah membeli tanah Kampung Ara Payung (asal) untuk kegiatan perlombongan bijih timah. (20) 

Masyarakat Cina Batu Gajah telah menubuhkan sekolah mereka yang pertama pada tahun 1911. Muridnya seramai 20 orang dan pengetuanya bernama Yie Kui Jian. Bangunan sekolah asalnya di bangunan Ya Yi Xing di Jalan Mat Saman. Pada tahun 1927, sekolah ini telah digunakan dengan Sekolah Pin Min dan diberi nama Sekolah Yuk Kwan. Hasil dari sumbangan seorang dermawan bernama Wu Hai dan masyarakat Cina yang lain, bangunan baru sekolah dan gelanggang permainan dibina di Jalan Kelab pada tahun 1934. Pada tahun 1956, sekolah ini mencapai taraf sekolah menengah. Sebelumnya, pelajar terpaksa melanjutkan pelajaran menengah di sekolah-sekolah lain terutamanya Sekolah Yu Choy, Ipoh. 

Selain dari Sekolah Yuk Kwan, terdapat sebuah lagi sekolah Cina iaitu Sekolah Tar Chong. Ia diasaskan pada tahun 1937 dan ditutup dua tahun kemudian. Sekolah ini menggunakan bangunan Persatuan Kheng Chao di Jalan Pejabat Pos. 

Untuk menjalin hubungan sosial, kebajikan dan keagamaan di kalangan masyarakat Cina di Batu Gajah pelbagai pertubuhan telah muncul. Antaranya pertubuhan sebelum Perang Dunia II ialah Persatuan Ku Kong Chow, Persatuan Kheng Chao, dan selepas perang pula muncul Perkhidmatan Kebajikan Katolik Batu Gajah dan Kelab Cina Batu Gajah. 

Jelas kelihatan di Batu Gajah, kehidupan orang Cina tidak lengkap dan sempurna tanpa tokong mereka. Tokong Kuan Tai merupakan tokong yang tertua. Ia menjadi tumpuan orang Cina semasa perayaan Tahun Baru dan pertunjukan opera. Kutipan derma diadakan setiap kali sebelum pertunjukan opera. Tarikh pertunjukan pula berdasarkan kalendar Cina. Pada hari biasa, ia jarang dikunjungi kecuali jika ada majlis perkahwinan. 

Walaupun bidang ekonomi menjadi tumpuan utama orang Cina di Batu Gajah, namun mereka juga peka dengan pergolakan semasa. Selepas Perang Dunia I, Malayan Volunteer Infantry (M.V.I) ditubuhkan oleh pihak British. Terdapat satu platun yang dianggotai oleh orang Cina. Di zaman darurat, Kinta Valley Home Guard ditubuhkan untuk mengawal keselamatan pelombong dan kongsi lombong bijih timah di sekitar jajahan Kinta. Pasukan yang dianggotai oleh pemuda Cina ini dilengkapi dengan senjata api moden untuk menentang komunis. 

Bilangan orang India telah bertambah dengan pesat di Batu Gajah terutama apabila tabung Imigrasi India ditubuhkan pada tahun 1907. Tabung ini membiayai tambang kapal buruh-buruh tebusan dari India Selatan ke pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura. Mereka datang untuk bekerja di estet-estet getah yang sedang berkembang di seluruh Semenanjung (21). Ada juga sebilangan kecil yang membuka kedai dan menjadi pemberi pinjaman wang (ceti). Yang lain bekerja sebagai buruh kontrak, pembasuh kain, pembantu rumah, tukang kebun dan kakitangan kerajaan peringkat rendah. 

Di samping orang India, ada juga orang Selon dan Punjabi di Batu Gajah. Orang Selon biasanya bekerja dengan keretapi dan kerani pejabat pentadbiran British di Changkat. Orang Punjabi pula menjadi warden penjara dan polis. Mereka juga menjadi pegawai keselamatan diraja sehingga Pasukan Punjabi Perak dibubarkan pada tahun 1918.(22) 

Hasil dari pembangunan yang pesat di bandar Batu Gajah pada awal tahun 1900-an, ramai pengusaha India yang muncul. Antara yang berjaya ialah K. Malaiperumal Pillay. Beliau berasal dari daerah Karikal, India dan datang ke Tanah Melayu pada 1889. Beliau telah melibatkan diri sebagai kontraktor perumahan dan jalan raya di Batu Gajah dan pekan-pekan sekitar di samping pengusaha ladang getah. Beliau juga memiliki beberapa ekor kuda lumba di Batu Gajah. Beliau kemudian menjadi terkenal sebagai seorang hartawan yang dermawan; mengasaskan Sekolah Inggeris Batu Gajah pada tahun 1907 dan menderma tapak tanah bagi Kuil Sri Subramaniam. Beliau bolehlah dianggap sebagai pemimpin orang India di Batu Gajah pada masa itu. Sebagai mengenang sumbangan beliau, sebuah kampung di Batu Gajah telah diabadikan dengan nama beliau, iaitu kampung K. Malaiperumal Pillay. 

Orang India juga mendirikan kuil-kuil di mana sahaja mereka bertapak. Kuil Sri Subramaniam ialah kuil tertua dan terbesar di Batu Gajah siap dibina pada tahun 1928. Pembinaannya hasil sumbangan derma daripada hartawan India tempatan K. Malaiperumal Pillay dan masyarakat India Batu Gajah. Sepanjang tahun 1930 sehingga 1938, kuil ini telah diperbaiki dan diperbesarkan beberapa kali atas usaha Chellaiya Pillay dan Shanmugan*. Kuil ini menjadi tumpuan masyarakat India di Batu Gajah semasa upacara Panghuniputram dan majlis perkahwinan. Setiap tahun upacara Panghunipudram dirayakan secara besar-besaran, menyebabkan jalan utama menghala ke kuil ditutup selama beberapa jam.  

Berbanding dengan masyarakat lain di Batu Gajah, orang India agak ketinggalan dalam menubuhkan sekolah mereka sendiri. Sekolah-sekolah Tamil ditubuhkan oleh majikan di estet-estet getah. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Batu Gajah hanya ditubuhkan pada tahun 1936. Sekolah ini mempunyai 4 bilik darjah dengan bilangan pelajar seramai 50 orang dan 5 orang guru. Sejak didirikan sehingga kini, bangunan tidak mengalami banyak perubahan. Sekolah ini masih mempunyai 4 bilik darjah tetapi bilangan pelajarnya telah berambah kepada 200 orang dengan 11 orang guru. Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dari kawasan ‘Indian Settlement’ Batu Gajah.  

Perkembangan ekonomi yang pesat di Batu Gajah pada awal tahun 1900-an, bukan sahaja menarik kedatangan ramai orang-orng Cina, India, Jawa dan Sumatra tetapi juga pengusaha British. Tambahan pula Batu Gajah telah menjadi pusat jajahan Kinta, dan ini memudahkan pengusaha British mengendalikan urusan mereka. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam syarikat perlombongan bijih timah, estet-estet getah, kontraktor bangunan dan jalan raya. Ada juga bekerja sebagai pegawai kolonial di pelbagai jabatan pentadbiran British di Changkat dan terdapat segelintir golongan mubaligh Kristian. 

Antara syarikat perlombongan British yang terawal ialah Tin Smelting di Jalan Pusing. Kebanyakan buruhnya ialah orang Jawa. Mereka tinggal di Kampung Jawa (sekarang Kampung Bendera). Mereka kemudiannya berpindah ke Kampung Serkai Jadi, dekat Tronoh. Syarikat perlombongan lain di sekitar Batu Gajah ialah Kinta Kellas Tin Mining, Anglo-Malayan Tin Limited dan Malayan Tin Dredging (MTD). 

Lombong-lombong di Batu Gajah adalah antara yang terawal menggunakan kaedah kapal korek di Tanah Melayu. Pada tahun 1926, Syarikat Malayan Tin Dredging (MTD) mempunyai 6 buah kapal korek. Syarikat yang terletak lebih kurang 2 km dari Batu Gajah ini menyediakan banyak kemudahan untuk pekerjanya. Antaranya rumah-rumah banglo untuk 40 orang pegawai Eropah, rumah kedai, klinik, gelanggang permainan, padang bola dan rumah berek pekerja. Terdapat juga kelab khas untuk pegawai Eropah dan Asia bagi aktiviti riadah. Sebelum Perang dunia Kedua, pasukan bola sepak MTD merupakan pasukan yang handal dalam Liga Pesta Bola Daerah Batu Gajah. (23)  

Perlombongan kaedah kapal korek yang diperkenalkan sejak 1916, menyebabkan rumah api didirikan untuk membekalkan tenaga elektrik. Rumah api yang paling awal dijalankan oleh Syarikat MTD. Pada tahun 1920, bekalan tenaga elektrik telah diambil alih oleh syarikat Perak River Hydro Steam Station. Pada mulanya, arang batu digunakan sebagai bahan api, dan kemudiannya minyak disel. Syarikat ini adalah salah satu syarikat persendirian yang mengeluarkan tenaga elektrik di Perak, di samping dua buah syarikat di Chenderoh dan Malim Nawar. Dengan adanya bekalan elektrik di sekitar kawasan lombong bijih timah, tidak hairanlah Batu Gajah telah menerima bekalan elektrik sejak tahun 1929. (24) 

Pada awal tahun 1900-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker. 

William Kellie Smith berasal dri sebuah kampung bernama Kelladi bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau bekenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbr London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya. 

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak di Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. (25) Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini. 

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie’s Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan ‘sedang dibina’ namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini. 

Zaman kolonial jelas merupakan kehidupan senang-lenang bagi orang Eropah di Tanah Melayu. Sebagai kuasa penjajah, mereka mementingkan imej dan status. Di Batu Gajah terdapat kelab yang hanya dikhaskan untuk masyarakat Eropah iaitu Kinta Club. Kelab eksklusif ini ditubuhkan pada tahun 1890. Bagaimanapun ada juga orang Melayu yang menjadi ahli tetapi hanya orang yang bergelar seperti Dato Panglima Kinta Che Wan dan Raja Ariff Shah. Berdasarkan buku perlembagaan kelab, keahliannya boleh dibahagikan kepada ahli biasa, pertubuhan wanita, ahli berkhidmat, ahli pelawat, ahli kehormat dan ahli seumur hidup dan ahli pengarah. 

Pada peringkat awal penubuhannya, perlumbaan lumba kuda sering diadakan di kawasan kelab. Sultan Idris Shah, Sultan Pahang, dan Sultan Johor juga sering berangkat ke kelab untuk bemain kuda. Selepas Perang Dunia Pertama, perlumbaan kuda dihentikan dan dipindahkan ke Ipoh. Padang lumba kuda dijadikan padang golf. Kinta Club mempunyai padang golf yang terbaik sehinggalah tahun 1957. Sejak awal lagi ia mempunyai padang 9 lubang. Residen British dari Taiping selalu berkunjung ke kelab ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Selain itu, majlis sosial seperti tari-menari sering diadakan. Pegawai kolonial selalunya membawa wanita Eropah dari European Hospital sebagai pasangan mereka. Sebelum Perang Dunia Pertama, buruh kelab termasuk caddy ialah orang Jawa kemudiannya orang India. Selepas Perang Dunia kedua, orang Melayu juga turut menjadi caddy. Ramai daripada mereka kemudiannya diterima menjadi kakitangan kerajaan peringkat rendah seperti peon* dan tarik pangkah.+(26) 

Walau bagaimanapun kelab ini kekal sebagai European Club sehingga tahun 1957, apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Pada tahun 1992, bangunan kelab lama daripada papan telah digantikan dengan bangunan konkrit. Kinta Club atau kini Kelab Golf Batu Gajah masih menjadi tumpuan pegawai kerajaan, ahli perniagaan, dan golongan profesional dari daerah Kinta. 

Terdapat juga segelintir golongan mubaligh Kristian bangsa Eropah di Batu Gajah. Kehadiran mereka ini berkait rapat dengan kedatangan pelombong-pelombong Cina Kristian Katolik secara beramai-ramai dari Larut ke Batu Gajah sejak tahun 1880-an. Gereja yang pertama didirikan oleh Rev. Fr. P. Allard pada tahun 1882 iaitu Gereja St. Joseph. Menjelang tahun 1885 terdapat 250 orang Cina Katolik di Batu Gajah. Pada tahun 1927-1929, gereja rumah kayu ini telah dibaiki dan digantikan dengan bangunan batu serta lengkap dengan sekolah dan doctrine house. Pada tahun 1957, gereja ini di bawah Fr. Narbias telah mengasaskan Catholic Welfare Service dan Chinese Catechists Training Centre yang pertama di Malaya (27). 

Pada awal abad ke-20, bilangan penduduk Melayu di kawasan Batu Gajah amat kurang berbanding dengan orang Cina dan India. Penempatan mereka di bandar Batu Gajah mempunyai ciri-ciri dan suasana hidup di kampung. Ramai menetap di kampung-kampung sepanjang Sungai Kinta di sekitar Batu Gajah. Antaranya Kampung Air Mati, Sayung, Sungai Terap, Golek, Lambung Kuda, Ara Payung dan Kampung Sultan (Kampung Manggis). Kebanyakan orang Melayu masih mengamalkan cara hidup tradisional. Mereka menjadi pesawah, penanaman nilam dan tebu, mengusahakan getah jelutung, damar rotan dan kayu-kayan, penjual atap nipah dan penjala ikan. Ada juga yang menjadi penjaja, pedagang kecil dan guru sekolah Melayu serta agama. 

Batu Gajah pada tahun 1900-an, hingga 1930-an, menyaksikan kemunculan golongan orang-orang kaya Melayu. Mereka mengumpul harta kekayaan dengan melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah dan memiliki kelian (lombong) sendiri di sekitar Batu Gajah. Selain itu, ada yang mengusahakan ladang getah dan menjalankan kedai perniagaan. Antara harawan tersebut ialah Kerani Ahmad, Kerani Mat Saman, Kerani Wahab, Kerani Mat Noh, Haji Kadir, Haji Deraman dan Jaffar Sidek . 

Kerani Ahmad, Mat Saman, Kerani Wahab dan Kerani Mat Noh pada mulanya menjadi kerani Pejabat Pentadbiran British. Mereka kemudiannya, berpeluang memiliki kawasan tanah yang luas di sekitar Batu Gajah dan juga melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Namun begitu mereka bukanlah anak tempatan Batu Gajah. Sehingga tahun 1930, baru terdapat anak tempatan yang memegang jawatan pegawai rendah di pejaba pentadbiran British Batu Gajah ialah Megat Abdul Rahman bin Megat Hussein. Sebelum anak Melayu tempatan hanya layak menadi peon dan tarik pangkah sahaja. (28) 

Kerani Ahmad berasal dari Kota Lama Kanan, pernah menjadi pegawai pelesenan di Teluk Anson dan penghulu di Gopeng. Beliau kemudiannya telah berhubung rapat dengan pengusaha lombong Cina yang kaya di Kinta seperti Ah Chong dan Eu Tong Seng di samping menjadi pemilik tanah di sekitar Batu Gajah. Melalui kegiatan tersebut, beliau berpeluang untuk berdamping rapat dengan Sultan dan dikurniai gelaran Dato Setia Wangsa, iaitu gelaran orang besar 32. Dari kekayaan yang diperolehi, beliau telah membina sebuah rumah baru yang besar untuk kediaman keluarganya di Jalan Changkat. Di zaman darurat, rumah tersebut dijadikan markas Home Guard daerah Batu Gajah. Kemudiannya, rumah tersebut dijual dan dijadikan Royal English School Batu Gajah. (29) Kini, di atas tapak rumah tersebut terdapat sederet bangunan kedai dua tingkat (Bangunan TEN). Salah seorang anak Dato’ Setia Wangsa Ahmad, iaitu Toh Puan Besar Hatijah ialah bonda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Peruan Agung Sultan Azlan Shah. 

Haji Deraman pada mulanya berdagang dengan sampan dari Teluk Anson hingga mudik Sungai Kinta. Selepas Perang Dunia 1, beliau membuka kedai runcit di Pekan Lama. Kebanyakan pekedai di situ adalah orang Melayu. Apabila perniagaan kedainya merosot, beliau mengusahakan ladang getah. Beliau telah membuka 12 hektar ladang di Bakap, 10 hektar di Cenderong dan 32 hektar di Changkat Cermin. Pekerjanya ialah orang Cina dan Melayu. Mereka tinggal di rumah kongsi di kawasan ladang. Haji Deraman adalah seorang hartawan Melayu yang minat membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas. (30) 

Haji Kadir (Anak kepada Setia Raja) pula mewarisi kekayaan daripada bapanya iaitu Setia Raja. Beliau mempunyai banyak rumah kedai terutamanya di Pekan Lama, di samping mengusahakan ladang getah dan lombong bijih timah. Berbeza dengan Jafaar Sidek, beliau menjalankan perniagaan dengan meminjam wang ceti. Melalui pinjaman daripada ceti, ia membahagikan separuh daripada harta yang diperolehi kepada ceti. Kegiatan ceti memang berleluasa di Batu Gajah. Banyak tanah dan harta orang Melayu tergadai. Untuk membendung kegiatan ini beberapa kawasan telah dijadikan Malay Reservation Area pada tahun 1919 dan 1923, temasuklah Changkat Larang, Changkat Cermin dan Bakap. (31).  

Kini, ada di antara nama-nama hartawan tadi yang telah diabadikan di sekitar Batu Gajah sebagai mengenang peranan dan sumbangan mereka, seperti sekolah Toh Indera Wangsa, Jalan Dewangsa, Jalan Mat Saman dan Jalan Haji Wahab. 

Kegiatan perlombongn bijih timah yang pesat di Batu Gajah bukan sahaja membawa kebaikan malah juga keburukan terutama kepada masyarakat Melayu. Banyak kawaan tanah kebun, tebat (kolam ikan) dan tanah kampung Melayu yang terancam atau pupus akibat dimakan kapal korek. Keadaan ini mula ketara terutama selepas tamat Perang Dunia 1. Syarikat Malayan Tin Dreadging melalui usaha A.J. Kelman menggunakan orang Melayu seperti Ngah Kumbang dan Pandak Abu Latiff sebagai orang tengah untuk memujuk penduduk kampung berhampiran supaya menjual tanah mereka. (32) 

Akibat di kegiaan seperti ini, kira-kira 300 hektar tanah di Kinta yang kaya dengan hasil bijih bertukar milik. Satu demi satu, kampung Melayu turut pupus. Antranya, Kampung ara payung (Asal), Changkat Pujan, Lambung Kuda, Redang Sawa, dan Sayung. Pada tahun 1923, hanya tinggal 8 buah rumah di Ara Payung dan tidak lama selepas itu tanah kampung tersebut telah dijual kepada seorang taukeh lombong Cina dari Lahat bernama Lok Man Chun. Penduduk kampung Changkat Pujan mula berpindah pada tahun 1940. Menjelang tahun 1949, semua penduduknya telah berpindah ke Kampung Pisang. Begitu juga dengan Lambung Kuda (ada dicatatkan dalam diari J.W.W. Birch tahun 1975) telah ditinggalkan oleh penduduk pada tahun 1953. 

Terdapat juga kampung Melayu yang terselamat dari dimakan lombong. Antaranya kampung Sungai Terap* iaitu kampung yang tertua di Batu Gajah. Mengikut bukti yang ada pada tahun 1824, sudah terdapat 80 buah rumah di kampung tersebut. (33) antara orang yang telah menyelamatkan kampung Sungai Terap dari terjatuh ke tangan pelombong ialah Haji Latiff bin Bollah, dan Haji Abdul Rahman bin Itam Wala. (34) 

Sehingga kini, kesan dan tinggalan kegiatan perlombongan seperti bekas lombong dan tanah berpasir masih ketara di kebanyakkan kampung Melayu di sekitar Batu Gajah. Antarnya di kampung sungai Terap, Ara Payung, Kampung Pisang, Kampung Sentang dan Bakap. Ada di antara kawasn bekas lombong tersebut yang telah dimajukan sebgai pusat rekreasi, iaiu Taman Tasek S.M. Noor. 

Dalam aspek pendidikan, orang Melayu mendahului masyarakat lain di Batu Gajah. Sekolah Melayu pertama telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1884. (35) Ini membuktikan anak Melayu Batu Gajah telah mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira sejak awal lagi. Bangunan sekolah ini berdinding dan beratapkan rumbia. Mengikut Cikgu Mohd Yussuf bin Jubah, ketika beliau mula mengajar pada tahun 1911, terdapat kira-kira 80 orang pelajar. Pelajar darjah 1, 2, dan 3 menggunakan papan batu percuma dan pelajar darjah 4 menggunakan buku. 

Pada tahun 1916, Kerajaan Perak telah mula menguatkkuasakan undang-undang mewajibkan ibu bapa Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu. Bagaimanapun ianya hanya untuk mereka yang tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah Melayu. Jika gagal berbuat demikian, ibubapa tersebut boleh didenda. 

Pada tahun 1930, Sekolah Melayu Batu Gajah telah menyediakan pelajar Melayu masuk ke sekolah Inggeris melalui Special Malay Class di Government English School Batu Gajah atau di Ipoh. Pentadbiran British mengambil langkah demikian semata-mata untuk menyediakan anak-anak Melayu menjadi pegawai rendah sahaja. Pada tahun 1931, Sekolah Melayu telah dijadikan 2 cawangan iaitu sekolah Melayu laki-laki dan Sekolah Melayu Perempuan. Pada 11 Feb 1934, Sekolah Melayu Perempuan mempunyai kira-kira 91 pelajar dengan 3 orang guru. (36) Ini merupakan perkembangan baru kerana umumnya masyarakat Melayu pada masa itu tidak menekankan pendidikan formal kepada anak perempuan mereka. Di samping belajar di sekolah pada sebelah pagi, pelajar Melayu juga wajib belajar muqaddam di Madrasah pada sebelah petangnya. Keadaan ini belanjutan sehingga tahun 1950-an apabila mata pelajaran agama diajar di Sekolah Melayu Batu Gajah. Pada masa zaman Jepun, sekolah ini dijadikan Batu Gajah Dai ni Futsu Ko GakkoMenjelang kemerdekaan, kedua-dua sekolah Melayu tersebut telah dicantumkan menjadi Sekolah Kebangsaan atau sekarang sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad. 

Mesjid merupakan institusi penting dan lambang perpaduan Islam bagi masyarakat Melayu. Masjid Jamek adalah Masjid tertua dan terbesar di Batu Gajah yang dibina pada tahun 1887. Pembinaannya adalah hasil sumbangan derma orang ramai atas usaha beberapa orang seperti Dato’ Amar Pandak Akhat, Tuan Haji Abd. Kadir (Kadi pertama Batu Gajah). Pandak Taha bin Imam Mohammad dan Kerani Wahab. Masjid pertama ini berdindingkan papan dan hanya boleh memuatkan kira-kira 50 orang jemaah. (37) 

Pada tahun 1906, terdiri pula bangunan masjid kedua yang berdindingkan separuh batu dan papan. Pembinaannya juga hasil derma orang ramai dan kerajaan atas usaha Megat Hussain bin Megat Said, Haji Mohamad bin Abd. Rahim (Kadi kedua Batu Gajah), Hashim bin Ali dan Haji Ibrahim Fasal. Bangunan masjid awal dijadikan tempat belajar muqaddam. Tuan gurunya ialah Haji Mohd Yussuf bin Jubah yang ketika itu berusia 15 tahun. Antara anak muridnya ialah Dr. Megat Khas dan Megat Abdul Rahman bin Megat Hussin. (38) 

Pada tahun 1910, seorang lelaki benama Jusoh telah mati dibaham oleh seekor buaya ketika sedang mengambil wuduk di tebing Sungai Kinta behampiran Masjid Jamek Batu Gajah. Buaya ganas itu telah dapat ditangkap dan dibunuh oleh seorang pawang buaya benama Tok Ki Layor. 

MESJID BARU BATU GAJAH

Pada tahun 1964, sebuah jawatankuasa pembinaan masjid baru Batu Gajah telah dibentuk dan telah berjaya mendapatkan bantuan daripada kerajaan pusat dan negeri, serta derma orang ramai berjumlah $300,000. Pembinaan masjid baru itu bermula pada ogos 1976 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Iskandar Shah pada 28 Sept 1979. 

Kehadiran dan gaya hidup masyarakat Eropah terutama orang British juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu Batu Gajah. Budaya kelab muncul di kalangan orang Melayu walaupun fungsinya agak berbeza dengan kelab orang Eropah. Kelab Teruna merupakan kelab orang Melayu yang terawal di Kinta ditubuhkan pada tahun 1921. Penubuhan kelab ini atas dorongan pegawai Daerah kinta bernama Adam yang menjadi kawan baik kepada Haji Kadir, seorang hartawan Melayu Batu Gajah. Beliau mencadangkan penubuhan sebuah kelab untuk mengerakan perhubungan, kebajikan dan kegiatan sukan di kalangan masyarakat Melayu. Pada awal tahun 1930-an, kelab ini menghadapi saingan dari kelab Melayu yang lain iaitu Kelab Muhibbah Islam. Walaubagaimanapun usia kelab tersebut tidak panjang. (39) 

Kegiatan Kelab Truna jelas cendeung ke arah bidang sukan, seni lakun drama dan seni muzik. Sesuai dengan namanya, ahli kelab tediri dari kaum lelaki. Sejak tahun 1920-an, Batu Gajah Malays iaitu pasukan bola sepak dari kelab Truna adalah pasukan yang kuat dan popular hingga ke tahun 1950-an. Pada tahun 1939, kumpulan muzik the Seri Malay Youngsters ditubuhkan di bawah tajaan magistret Batu Gajah bernama Bahaman Shamsuddin (Bekas menteri dalam kabinet Tunku Abd Rahman). Tujuan penubuhan kumpulan muzik itu, untuk menghindarkan pemuda Melayu dari menjadi kumpulan jahat dan kegiatan membuat samsu haram. Kumpulan muzik terseut selalu diundang untuk menyerikan majlis perkahwinan di sekitar daerah Batu Gajah. Di samping itu, pertunjukan seperti Fancy Dress dan bangsawan juga diadakan . Pada tahun 1939, Sultan Alang Iskandar Syah pernah berangkat besama dengan Residen British dan seorang hakim Ke Majlis Malam Kutipan derma anjuran Kelab Truna. Tajuk persembahan drama pada malam itu ialah Mahr Kahwin, yang mendapat sambutan hebat daripada penduduk Batu Gajah. Kelab ini terus mendapat sambutan sehinggalah tahun 1957. (40) Kini aktivitinya hanya tertumpu kepada permainan sepak takraw dan permainan dalam. 

Pergaulan orang Melayu yang bependidikan Inggeris dan bekerja di pejabat pentadbiran British, lebih luas terutama dengan orang Cina dan India yang mempunyai latar belakang pendidikan yang sama. Kebanyakan daripada mereka ini menjadi ahli Brewster Club. Kelab ini di tubuhkan pada awal tahun 1900-an, terbuka untuk kakitangan kerajaan bangsa Asia. 

E.J. Brewster adalah nama seorang pegawai daerah Kinta (1940-1910) yang popular pada masa itu. Bangunan kelab ini ialah sebuah rumah kerajaan. Tujuan penubuhannya ialah untuk … to promote reading, social intercourse and recreation among members. Pada peringkat awal penubuhannya, kebanyakan ahli kelab adalah orang India. Bagaimanapun menjelang tahun 1940-an, ahli kelab terdiri daripada pelbagai etnik dan lebih cendeung kepada aktiviti sukan dan permainan seperi kriket, tenis, bola sepak dan badminton. Menjelang tahun 1957, kegiatan kelab ini semakin merosot. Dalam tahun 1960-an, ia tidak lagi didaftarkan setelah bangunan itu musnah terbakar. (41) 

Kemasyhuran Batu Gajah pada zaman kolonial mulai pudar menjelang zaman kemerdekaan. Antara sebabnya ialah kedudukan geografi Batu Gajah yang berhampiran dengan bandar Ipoh (19.2 km) dan kemerosotan pengeluaran bijih timah serta getah di sekitar Batu Gajah. Banyak fungsi pentadbiran dan kemudahan sosial yang diadakan sejak tahun 1892 di Batu Gajah telah diambil alih oleh Ipoh apabila ia dijadikan ‘ibu-kota” negeri Perak sejak tahun 1937, seperti pejabat Kaji-bumi dan Jabatan Perbendaharan. Manakala Hospital Besar Batu Gajah diturunkan tarafnya menjadi hospital daerah. Kemudahan bilik bedah dan rawatan pakar juga diberhentikan. Keunggulan Kelab Kinta Batu Gajah juga tergugat dengan kemunculan kelab-kelab baru di Ipoh. Tumpuan pihak kerajaan turut dialihkan ke ‘ibukota’ baru itu. 

SEABAD BERLALU

Seabad telah berlalu, Batu Gajah bertambah maju. Dari 40 buah rumah kampung pada 1875 telah menjadi sebuah bandar yang ramai penduduknya yang tinggal di rumah-rumah yang serba moden. Penduduknya yang terdiri daripada berbagai kaum tidak lagi bergantung kepada bijih timah dan getah tapi telah terdedah kepada aktiviti ekonomi moden. Batu Gajah ada empat buah Bank dan beberapa institusi kewangan yang lain. Bandar Batu Gajah telah bertambah sesak dan penduduknya telah berkembang dengan pesat. 

Pertumbuhan ekonomi negara yang pest dalam tahun 1980-an, turut membawa perubahan kepada Batu Gajah. Era baru pembangunan seolah-olah muncul, apabila seorang putera kelahiran Batu Gajah telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dan seterusnya DYMM Yang Di Pertuan Agung iaitu Sultan Azlan Shah. Pertabalan baginda itu turut mempengaruhi arus kemajuan di Batu Gajah kini. 

Tumpuan diberikan kepada sektor perindusrian, pelancongan dan pembangunan tanah bekas lombong. Kawasan tanah bekas lombong ditebusguna untuk dijadikan tapak estet perindusrian di sepanjang Jalan Pusing, jalan Pengkalan Pegoh dan Jalam Bemban. Kini terdapat kilang-kilang seramik, elektronik, barangan berasaskan getah dan bahan makanan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Batu Gajah serta kawaan sekitarnya. 

Tanah yang telah ditebusguna itu juga dimajukan sebagai kawasan kampung tersusun dan taman perumahan. Antaranya ialah Kg. Ara Payung, Kg. Sentang dan Kg. Tersusun jalan Gopeng. Manakala taman pula seperti Taman Bersatu, Taman Mewah, dan Taman Orkid. Kemudahn pasaran seperti jalan raya, jejambat, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi juga berkembang pesat. 

Dari segi pelancongan, bangunan lama Pejabat Daerah dan Tanah Kinta telah diubahsuai dan dijadikan muzium. Manakala bangunan Mahkamah dan Pejabat Ukur pula akan dijadikan rumah tetamu untuk orang-orang kenamaan. Kellas House atau Kellie Castle juga akan dimajukan sebagai salah satu tarikan pelancong di daerah ini. 

Di samping itu, pelbagai projek sedang dirancang untuk meningkatkan pembangunan Batu Gajah bersesuian dengan matlamat kerajaan yang ingin menjadikan negara Malaysia, sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Projek-projek yang sedang dalam proses pembinaan ialah pasar baru, mahkamah dan usaha mengindahkan sepanjang tebing sungai Kinta. 

Dari segi pentadbiran Balai Polis di tepi sungai telah diubah dan dibina di Changkat pada 1894, kemudiannya dibina seperti sekarang pada 1985 dan barrack anggota Polis adalah rumah pangsa yang moden. Pusat Pentadbir telah berubah dengn terbinanya Pejabat Daerah Baru dan terdapat Dewan Bandaran yang besar dan indah. 

Mahkamah baru telah dibina dan dianggarkan siap pada bulan Mei tahun hadapan. Kelab golf yang berwajah baru terus menadi tumpuan. Kelab ini telah dapat menarik pelancong. 

Wawasan 2020 akan mengubah taraf Hospital Batu Gajah yang akan dinaikkan tarafnya menjadi Hospital Besar dengan diperlengkapkan Doktor-Doktor pakar am, pakar pembedahan dan sakit puan. Unit Radio Terapi akan ditubuhkan, sementara wad orang-orang tua akan didirikan. Hospital Batu Gajah yang dulunya menjadi kebanggaan orang Inggeris telah berkurangan fungsinya semasa selepas merdeka, kini telah mula dipulihkan dan diperlengkapan. Sekarang terdapt 5 orang doktor dan 270 kakitangan. 

Majlis Daerah Kinta Barat Batu Gajah mempunyai rancangan yang tertentu untuk memajukan Batu Gajah. Sebuah bandar baru mungkin didirikan di kawasan tepi sungai Kinta. Sebuah Kompleks Sukan juga mungkin akan didirikan di kawasan Cangkat. Jika rancangan ini berlaku, Batu Gajah akan bertambah maju. 

Batu Gajah telah melalui beberapa peristiwa pahit-manis, suka-duka dalam era kewujudannya. Kini, zaman kemasyhuran Batu Gajah mula menampakkan sinar kembali dan tidak mustahil sejarah akan berulang lagi. 

******************

  1. Burns P.L (Edited), the Journal of J.W.W. Birch. First British Resident to Perak 1874-1875, (Oxford Universiti press,hlm.263
  2. Leech H.W.C., About Slim and Bernam Part II, JSBRAS No.4 1880
  3. Luckman H.A.L ‘Short Notes: The origin of “Batu Gajah”, MBRAS, Vol 23,Part 1, 1950,hlm.139
  • tempat duduk di belakang gajah + biduanda
  1. Shahrin b Yeop Abd. Shukur, ‘Kegemilangan Batu Gajah sebelum Merdeka 1892 – 1957’ Latihan Mini tesis, Jabatan Sejarah, UM, Kuala Lumpur, 1979/79, hlm 1-3
  2. S. Durai Raja Singam, ‘A Hundred Years Of Ceylonese in Malaysia & Singapore 1867-1968, Kuala Lumpur, 1968. Belfied, H.C, Handbook of the Federated Malay States, London 1906,hlm.77.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: